Kritikan Bahasa Manusia Purba

Ramai ahli bahasa menolak kaedah yang digunakan untuk menentukan bentuk ini. Beberapa aspek kritikan dibangkitkan ke atas kaedah yang digunakan oleh Ruhlen dan Gell-Mann. Asas terpenting bagi kritikan ini adalah, perkataan yang dibandingkan tidak menunjukkan keturunan yang sama; dan sebab untuk ini berbeza-beza. Salah satu sebab utama ialah onomatopoeia: contohnya, cadangan akar untuk 'bau' yang disenaraikan di atas, *čuna, mungkin hanya hasil daripada banyak bahasa yang menggunakan perkataan onomatopoeik yang berbunyi seakan perbuatan menghidu atau membau. Satu lagi sebabnya ialah kualiti tabu bagi perkataan tertentu. Lyle Campbell menegaskan bahawa banyak bahasa purba yang mantap rekonstruksinya tidak mengandungi perkataan yang setara untuk *putV 'kemaluan perempuan' kerana kekerapan perkataan tabu sebegitu digantikan dalam leksikon, dan menyatakan bahawa ia "mengekang kredibiliti untuk membayangkan" bahawa bentuk perkataan sedemikian pada bahasa Dunia Purba akan bertahan dalam banyak bahasa turunannya.

Dengan menggunakan kriteria yang digunakan oleh Bengtson dan Ruhlen untuk mencari kata-kata kognat kepada kata akar yang dicadangkan, Lyle Campbell menemui tujuh kemungkinan padanan untuk wanita *kuna dalam bahasa Sepanyol, termasuk cónyuge 'isteri, pasangan', chica 'gadis' dan cana 'wanita tua (kata sifat)'. Dia kemudiannya menunjukkan bagaimana Bengtson dan Ruhlen mengenal pasti kata cerminan *kuna tidak mungkin dikaitkan dengan perkataan Dunia Purba untuk wanita. Contohnya, cónyuge berasal daripada akar bahasa Latin yang bermaksud 'bergabung', jadi pada asalnya tidak ada kaitan dengan perkataan 'wanita'; chica berkaitan dengan perkataan Latin yang bermaksud 'sesuatu yang tidak ketara'; cana berasal daripada perkataan Latin untuk 'putih', dan sekali lagi menunjukkan sejarah etimologi yang tidak berkaitan dengan perkataan 'wanita'.[23] Penegasan Campbell ialah masalah-masalah sedemikian merupakan sesuatu yang endemik dalam kaedah yang digunakan oleh Ruhlen dan lain.

Terdapat beberapa ahli bahasa yang mempersoalkan kemungkinan untuk mengesan unsur bahasa jauh ke masa lampau. Campbell mencatatkan bahawa sejak masa beredar menjauhi asal usul bahasa manusia, setiap perkataan dari masa itu akan diganti atau diubah sehingga sukar dikenalpasti bentuknya dalam semua bahasa pada hari ini. Campbell mengkritik keras usaha untuk membina semula bahasa Manusia Purba, dengan mengatakan "pencarian untuk etimologi global adalah buang masa sahaja, paling teruk memalukan bidang linguistik sebagai satu disiplin ilmu, malangnya mengeliru dan memperdayakan mereka yang mungkin menelaah rujukan berkaitan bidang linguistik untuk pemahaman yang lebih mendalam berkenaan bidang ini."[24]

Rujukan

WikiPedia: Bahasa Manusia Purba https://www.thegreatcoursesdaily.com/how-are-the-v... https://www.britannica.com/topic/American-Sign-Lan... http://www.cecuritec.com/wp/wp-content/uploads/201... http://www.people.fas.harvard.edu/~witzel/MTLR-34b... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2011Sci...332..3... https://doi.org/10.1126%2Fscience.1199295 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21493858 https://www.science.org/content/article/language-m... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC33387... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2012PLoSO...7352...